Khamis, 16 Ogos 2012

Tips menjual barang di eBay

Sekiranya akaun Ebay anda masih baru, elakkan dahulu daripada menjual design yang mempunyai hak copyright. Kadang kala ada yang dengki melihat kehadiran saingan baru dan akan mengemukakan report kepada Ebay (tekan butang report je. Mudah).

Di awal perjalanan menyelami lautan Ebay, eloklah jika anda mulakan secara berhemah. Tambah dahulu reputasi anda sebelum menerjah untuk menjual produk-produk yang mempunyai unsur-unsur copyright.

Tips membina reputasi di Ebay

Salah satu cara yang paling mudah untuk menambahkan reputasi di Ebay adalah dengan membeli produk-produk murah di Ebay. Cari sebarang Ebook di Ebay dan anda mampu jumpa Ebook yang berharga di bawah satu dollar. Cukup murah saya katakan.

image

Ebook berkenaan tidak begitu penting sebenarnya, apa yang penting penjual ebook tadi member feedback +ve kepada anda. Anda boleh melakukan cara ini tetapi janganlah terlalu banyak transaksi murah yang dilakukan dalam satu hari. Ini penting bagi mengelakkan Ebay daripada mengesyaki feedback manipulation yang sedang anda buat.

Selain itu anda juga boleh mencari mana-mana rakan anda yang telah ada akaun Ebay dan melakukan urusniaga atas angin. Kedua-dua pihak akan mendapat faedah kerana masing-masing boleh bertukar feedback.

Sekiranya anda tidak pernah lagi membeli barang menggunakan Paypal di Ebay, di sini saya tunjukkan caranya. Mula-mula tekan ‘ Buy It Now ’, dan kemudian akan dibawa ke satu page yang membuat info seperti gambar di bawah. Teruskan pembayaran melalui Paypal dengan menekan butang ‘ Continue with Paypal ’.

image

Kemudian akan dibawa ke satu page supaya anda boleh memasukkan login info untuk akaun Paypal anda.

image

Akhir sekali sah kan pembayaran dengan menekang butang ‘ Confirm Payment ’. Kemudian tunggu sahaja emel maklum balas daripada penjual Ebook yang anda telah beli.

image

Untuk pengetahuan, semua ebook yang dijual di Ebay menyatakan ebook akan dihantar dalam bentuk CD atau DVD. Tak perlulah percaya sangat. Semua itu ditulis kerana Ebay sebenarnya tidak lagi membenarkan penjualan produk digital disebabkan terlampau banyak feedback manipulation (seperti yang saya sedang tunjukkan kepada anda). Kebiasaannya mereka hanya akan memberikan link download melalui emel ( seperti di bawah). Setelah mendapatkan produk yang dibeli, jangan lupa tinggalkan feedback kepada penjual tadi.

image

Kesesuaian masa untuk melakukan listing

Setelah anda mempunyai reputasi yang cukup, kini boleh lah anda senaraikan mousepad yang telah anda design. Salah satu rahsia bagaimana banyak rakyat Malaysia berjaya menjana pendapatan di Ebay walaupun hanya dengan menjual mousepad adalah kerana mereka menyasarkan produk mereka kepada Negara-negara luar seperti United State dan Australia.

Bagi pengguna internet di sana, pembelian melalui internet adalah sesuatu yang normal. Tambahan pula barang dapat dicari dan dibayar dengan mudah tanpa perlu berjalan-jalan ke gedung membeli belah yang sebenar.

Memandangkan sasaran pembeli anda adalah dari US, pastikan anda tahu sedikit sebanyak tentang mereka. Salah satunya, terdapat perbezaan 12 jam di antara kita dan mereka. Jika Malaysia 9 malam, mereka pula 9 pagi. Kebiasaanya sekitar pukul 9 hingga 10 malam lah masa yang paling sesuai bagi menyenaraikan listing. Ini kerana pada waktu itu, penduduk di US dalam keadaan mood melayari internet dan membeli belah. Itu secara general sahaja dan hanya mengikut deduksi dan tanpa bukti yang cukup. Niche yang berbeza mungkin mempunyai waktu-waktu berbeza untuk memperoleh manfaat sepenuhnya daripada listing. Apa yang penting anda perlulah rajin untuk melakukan ‘try and error’ dan melihat kesannya.

Kesesuaian tempoh masa bagi sesuatu auction

Bagi mendapatkan jumlah bid yang banyak untuk sesuatu auction, seelok-eloknya jangka masa auction dipilih supaya tidak terlalu panjang. Ini kerana kebanyakan bidder di Ebay suka melakukan bid di akhir minit. Sesetengah pengguna Ebay suka menyenaraikan carian mereka mengikut susunan Time: Ending Soonest. Menggunakan filter tersebut, barang-barang yang hampir tamat masa auction akan berada di senarai teratas. Pada waktu inilah sebenarnya aktiviti membida paling banyak berlaku. Semuanya berebut-rebut untuk menjadi pemenang.

image

Jadi lebih elok sekiranya anda senaraikan produk-produk anda untuk jangka masa yang singkat sahaja. Walaubagaimanapun perkara ini mungkin berlainan sekiranya anda ingin menjual barang-barang yang mahal kerana harga bid mungkin tidak sempat sampai di tahap yang anda sasarkan kerana jumlah masa yang terlalu singkat. Tetapi anda boleh atasi masalah ini dengan meningkatkan range harga untuk setiap bidding.

Second chance offer

Setelah auction anda tamat dan mempunyai pemenang, anda masih boleh mengaut keuntungan dengan menggunakan fungsi ‘Second Chance Offer’. Melalui fungsi ini, anda boleh memberi peluang kedua kepada mereka yang kalah di dalam auction tadi untuk memiliki barang yang sama dengan harga yang anda tetapkan. Anda boleh memuaskan hati mereka yang kalah dan pada yang sama anda juga dapat mengaut keuntungan lebih.