Sebelum saya terangkan tentang kajian niche dan teknik-teknik, elok sekiranya saya beritahu secara ringkas bagaimana mengaktifkan akaun Ebay dan akaun Paypal anda. Untuk pengetahuan anda, anda perlu mempunyai Paypal bagi tujuan membayar fee tertentu untuk berniaga di Ebay.
1. Cara verify account Ebay dan Paypal
Rasanya tidak perlu saya beri penerangan bergambar mengenai cara untuk daftar akaun Ebay dan Paypal sebab caranya sama sahaja seperti anda mendaftar akaun Facebook.Terdapat pelbagai jenis Ebay mengikut negara. Jadi yang mana satu anda perlu daftar, Ebay.com atau Ebay.com.my?
Jawapannya tiada masalah kerana setelah anda daftar salah satu laman Ebay, anda boleh mengakses mana-mana laman web Ebay pun.
Pengesahan akaun menggunakan kad kredit dan kad debit
Bahagian yang sukar adalah bagi mengesahkan kedua-dua akaun tersebut kerana anda memerlukan kad kredit yang saya pasti bukan semua orang ada. Sekiranya tiada, anda boleh menggunakan kad debit yang mempunyai Visa untuk mengesahkan akaun-akaun anda.Sekiranya anda bercadang menggunakan kad debit, saya sarankan kad debit Maybank kerana annual fee nya serendah RM 8. Jika saya tidak salah, kad debit oleh bank-bank lain mengenakan annual and withdrawal fee yang lebih mahal berbanding Maybank Debit Visa Electron.
Sekiranya kad Maybank anda adalah kad baru, kemungkinan besar kad yang sedang anda guna ialah kad debit Visa Electron. Sekiranya bukan, anda boleh ke cawangan Maybank yang terdekat untuk membuat pertukaran kad dari kad lama ke kad debit Visa Electron. RM 12 dikenakan ke atas pertukaran kad dan kad lama anda akan dipotong.
Setelah pulang ke rumah, mandi-mandi dulu dan kemudian buka laman bangking Maybank2u. Pilih ‘Maybank Secure Online Shopping Registration’ yang berada di bahagian ‘Utilities’.
Kemudian masukkan data-data yang berkaitan seperti MSOS Password dan Personal Assurance Message. Personal Assurance Message ini akan ditanya oleh Paypal apabila anda ingin menjalankan transaksi kelak. Jadi pastikan anda pilih tagline yang anda senang ingat. Expiration Date dan CVV pula boleh diperoleh daripada kad debit Visa Electron anda.
Kemudian pergi pula ke akaun Paypal anda dan pergi ke Profile dan pilih Add/Edit Credit Card. Kemudian isi maklumat yang diminta. Jenis kad pilih Visa dan no 16 digit kad boleh didapati di atas kad debit anda. No 16 digit kad dan no akaun bank tidak sama ya. Jangan tersilap. Expiration date and CVV Number juga tertera di atas kad debit.
Pengesahan akaun menggunakan Virtual Credit Card ( VCC )
Sekiranya anda tidak suka perkara-perkara leceh seperti memohon debit kad dan menunggu dua tiga minggu sebelum kad debit anda siap, anda boleh menggunakan VCC (Virtual Credit Card) untuk mengesahkan akaun Ebay dan Paypal anda. Cuba Tanya di forum-forum tempatan berkenaan seller VCC kerana biasanya agak banyak yang menjual VCC.Melalui VCC, anda boleh mengesahkan akaun Ebay dan Paypal dengan lebih pantas. Pastikan anda tahu bahawa VCC mempunyai dua jenis. VCC yang boleh digunakan untuk mengesahkan sejenis perkhidmatan (Ebay atau Paypal) dan juga VCC yang boleh digunakan untuk mengesahkan kedua-duanya sekali. Untuk memudahkan kerja, pastikan anda membeli VCC yang membolehkan anda mengesahkan kedua-dua akaun sekaligus.
Rujukan lanjut :
Setelah kedua-dua akaun tersebut telah disahkan, anda boleh link kan kedua-duanya. Caranya pergi ke: My Ebay >> Summary >> My Account >> Paypal Account.
Kemudian baca apa yang diterangkan dan ikut langkah-langkah yang diberikan.
2. Cara withdrawal fund dari Paypal
Setelah menjadi penjual di Ebay, tidak mustahil anda akan melakukan transaksi yang banyak. Setelah kepulan wang anda di Paypal setelah mencapai tahap yang memuaskan hati, anda boleh lah melakukan withdrawal. Duit banyak-banyak simpan lama-lama dalam Paypal bahaya juga sebenarnya. Risau-risau kalau akaun dibekukan atas sebab-sebab tertentu.Bagi mengeluarkan fund dari Paypal, terdapat dua kaedah yang boleh anda guna. Kaedah pertama adalah dengan melakukan withdrawal ke akaun bank, dan yang kedua adalah dengan melakukan withdrawal ke kad debit.
Withdrawal dari Paypal ke akaun bank tempatan:
- Bank tempatan yang boleh digunakan untuk tujuan ini cukup banyak. Contohnya Maybank, Bank Islam, CIMB, dan juga BSN.
- Masukkan maklumat bank account di Paypal.
- Rate yang dikenakan ialah rate tetap iaitu RM 3.30 untuk setiap dollar.
- Fee: Percuma sekiranya lebih RM 400 ( RM 3 dikenakan sekiranya di bawah RM 400).
- Tempoh pemindahan fund memakan masa 3 hingga 5 hari.
- Kaedah ini hanya boleh dipakai bagi mereka yang mengesahkan akaun Paypal menggunakan debit kad.
- Rate yang dikenakan bergantung kepada rate semasa.
- Fee: USD 5 bagi setiap transaksi.
- Tempoh pemindahan lebih singkat berbanding pemindahan ke akaun bank.