Tentang Laman

Assalamualaikum,

Sekiranya anda menemui laman ini, saya pasti anda berminat untuk menjalankan perniagaan melalui Ebay atau pun anda ingin menyiapkan diri anda sebelum melangkah lebih jauh dengan Ebay. Sekiranya betul, laman ini memang sesuai untuk anda.

Untuk makluman anda, kebanyakan ilmu dari laman ini merupakan susunan semula daripada thread Diari Usahawan Ebay Berhingus yang dimulakan oleh forumer Mansur Biz; seorang usahawan Ebay. Memandangkan thread tersebut mempunyai lebih daripada 2000 post, saya telah mengambil keputusan untuk menyusun semula kebanyakan tips asas yang telah dikongsi . Daripada 2000 muka surat lebih yang terkandung di dalam thread tersebut, saya hanya mampu mengambil beberapa isi yang saya rasakan sesuai untuk newbie dan tidak terlalu memeningkan kepala. Sekiranya ada masa, semak sendiri thread tersebut supaya anda tidak terlepas pandang tips-tips professional yang ada.

Perlu diingatkan juga bahawa saya masih tiada pengalaman di dalam Ebay. Pada mulanya saya menyusun thread tersebut dalam Microsoft Word bagi memudahkan pemahaman saya (dan kawan-kawan terdekat). Jadi saya agak rugi jika hasil susunan tersebut tidak dikongsi dengan orang lain. Maka terciptalah laman ini. Cuma mungkin terdapat beberapa isi dan penerangan yang tidak mampu saya berikan dengan jelas sehinggalah saya melibatkan diri di dalam dunia Ebay sendiri.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, saya galakkan anda mengaktifkan diri di forum Wang Cyber dan mendapatkan bantuan daripada penggiat Ebay di sana. Cuma cukupkan dahulu ilmu di dada dengan membaca info-info yang terdapat di sini sebelum bertanya soalan-soalan yang leceh dan sering kali ditanya.