Jumaat, 17 Ogos 2012

Mulakan langkah pertama anda !

Saya rasa informasi yang telah dibekalkan sehingga muka surat ini sudah lebih daripada cukup untuk anda memulakan perniagaan dropshipping di Ebay. Jadikan pengetahuan yang telah anda dapat sebagai momentum untuk memulakan perniagaan di Ebay. Sekiranya anda masih ragu-ragu, peruntukkan RM 200 untuk dilesapkan. Anggap sahaja wang ini sebagai harga yang perlu anda bayar untuk mengenali Ebay dengan lebih dekat.

Sekiranya anda berjaya mendapat untung daripada modal RM 200 tersebut, tahniah saya ucapkan. Sekiranya tidak, saya yakin banyak yang boleh dipelajari daripadimagea pengalaman anda. Kemudian terpulanglah sama ada anda pilih untuk bangkit semula atau tinggalkan terus dunia Ebay.

Apa yang penting, anda perlu sanggup mengeluarkan RM 200 pertama sebagai bahan eksperimen. Pengorbanan RM 200 itu sememangnya tidak seberapa berbanding pengalaman dan untung yang mampu anda peroleh di kemudian hari.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan mereka yang telah berjaya, kesukaran di Ebay hanyalah untuk mendapatkan beberapa jualan pertama dan juga memahami fungsi-fungsi yang ada di Ebay. Setelah anda mula mendapat rentak dan momentum, segala-galanya tidak lagi sukar.

Setelah anda mula melibatkan diri sebagai usahawan Ebay, anda bolehlah ke forum-forum seperti Apskin.com dan WangCyber.com untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bertukar idea mengenai apa-apay yang berkaitan dengan Ebay.