Sabtu, 18 Ogos 2012

Pemilihan produk atau niche yang sesuai

Di dalam bab sebelum ini, saya telah berjanji kepada anda untuk menunjukkan cara memilih produk-produk yang hangat dan mempunyai permintaan. Untuk melakukan kajian tersebut, anda boleh menggunakan dua cara iaitu secara manual atau pun menggunakan peralatan-peralatan tertentu. Apa perbezaan kedua-dua cara? Mari kita lihat.

clip_image002

Membuat kajian pasaran secara manual

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Ebay dan tidak mampu mengeluarkan wang bagi melanggan tool berbayar, melakukan kajian secara manual adalah jalan terbaik. Kaedah kajian pasaran secara manual sebenarnya tidaklah sesukar mana. Cuma ia memerlukan kemahiran membuat analisis dan deduksi.

Sebagai contoh, anda boleh mengetahui sama ada sesuatu barang itu mempunyai permintaan di Ebay atau pun tidak berdasarkan kepada hasil jualan usahawan Ebay yang lain. Sebagai contoh anda menjual mousepad yang mempunyai niche kartun. Anda boleh search di Ebay dan lihat listing yang tersenarai. Cuba kaji produk-produk usahawan Ebay yang ada. Lihat adakah produk mereka terjual atau tidak.

Analisa gambar di bawah. Di bahagian ‘other item info’, anda boleh lihat bahawa produk Hello Kitty ini telah terjual sebanyak 29 kali. Maknanya ada sesuatu pada mousepad Hello Kitty yang mampu menarik pembeli. Terpulang kepada anda untuk membuat analisis dan kemudian hasilkan sesuatu yang mempunyai konsep yang sama. Saya ulang, konsep yang sama, bukannya tiru seratus-peratus.

imageimage

Seterusnya, anda boleh juga menganalisa produk-produk yang menerima banyak bid di Ebay. Lihat apa yang ada pada produk itu. Apa kelainan produk itu dan cuba fikir mengapa ramai yang mahu memiliki produk tersebut. Buat deduksi anda sendiri dan keluarkan produk yang mampu menyaingi produk yang anda kaji tadi.

Sekiranya anda benar-benar di dalam kebuntuan dan tidak tahu produk apa untuk dijual. Anda boleh masukkan apa-apa saja keyword di enjin carian Ebay, dan tunggu senarai pilihan keluar. Sekiranya enjin carian tersebut menggunakan algoritma yang sama seperti enjin carian Google, maknanya senarai yang keluar adalah di antara keyword yang paling kerap di cari oleh pengguna Ebay. Kaji setiap keyword yang disenaraikan dan cari lubuk yang sesuai untuk anda terjah. Sama ada produk yang akan anda keluarkan laku atau tidak, kita berserah sahaja. Yang penting anda telah cuba yang terbaik.

image

Selain daripada menggunakan enjin carian Ebay untuk melakukan analisa, anda juga boleh cuba mempelabagaikan kajian dengan menggunakan tool-tool Google seperti Google Trends atau pun Google Insight. Melalui tool-tool ini, anda boleh tahu topik-topik yang sedang hangat dibincangkan dan banyak dicari di internet.

image

Membuat kajian pasaran menggunakan Terapeak

Walaupun kajian pasaran secara manual tidak memerlukan sebarang kos, tetapi analisa yang anda buat tidak semestinya tepat dan betul. Untuk memperoleh produk yang benar-benar mempunyai permintaan, penggunaan tool yang mampu beri anda yang tepat amatlah penting. Salah satu tool yang boleh anda guna ialah Ebay Pulse. Tool yang boleh di dapati di http://pulse.ebay.com ini boleh digunakan secara percuma.

imageclip_image014

Meskipun anda boleh mengetahui data-data seperti jumlah carian terbanyak, stor terbesar, dan juga item yang paling banyak dilihat, data-data yang diperoleh tidaklah sehebat data-data yang dibekalkan Terapeak.

Terapeak merupakan sesuatu kemestian. Terapaeak mempunyai harga bulanan yang agak mahal tetapi maklumat yang boleh anda peroleh daripada Terapeak memang tidak terhingga. Jika anda hanya mampu membuat ramalan dan andaian sendiri ketika menjalankan kajian secara manual, melalui Terapeak anda boleh mendapatkan data-data statistik yang tepat dan lengkap berkenaan sesuatu produk.

Menggunakan Terapeak, anda boleh mengetahui trend sesuatu produk, penjual-penjual ternama yang anda perlu bersaing, dan juga produk yang mempunyai permintaan tinggi. Bukan itu sahaja, Terapeak juga mampu menyediakan data-data lengkap berkenaan auction-auction yang telah tamat. Dengan ini anda boleh mengetahui sama ada sesuatu barang itu mempunyai pembeli atau tidak. Sekiranya anda berjaya mengesan produk-produk yang mempunyai permintaan, cuba kaji harga yang anda mampu dapat daripada dropshipper anda. Lihat sama ada anda mampu menyediakan produk yang sama dengan harga yang kompetitif dan lihat juga margin keuntungan yang mampu diperoleh. Sekiranya sesuai, jangan tunggu lama-lama untuk memulakan langkah kerana takut lebih ramai persaingan nanti.

Tanpa Terapeak, anda telah ketinggalan beberapa langkah di belakang penjual lain dan juga pesaing anda. Untuk mengkaji dan merebut peluang yang ada di Ebay, penggunaan Terapeak memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Anda akan mengambil masa yang lama untuk mencari produk yang sesuai sekiranya anda sekadar mencongak dan membuat ramalan sendiri. Mungkin anda mampu mencari niche-niche yang hangat di Ebay secara manual, tetapi untuk berjaya di Ebay dalam masa yang singkat, anda perlukan lebih daripada itu. Anda perlu ketahui keyword apa yang sesuai digunakan pada title listing, cara untuk meng ‘optimize’ kan surat jualan supaya listing anda akan mendapat tempat yang tinggi di enjin carian Ebay, dan juga cara mengetahui kelebihan pesaing anda dan cuba untuk mendahuluinya.

Membuat kajian pasaran menggunakan Goofbay

Data dan kemudahan yang disediakan Goofbay.com tidaklah selengkap Terapeak. Tetapi memandangkan kemudahan Goofbay boleh digunakan secara percuma, data yang anda dapat sudah lebih daripada berbaloi.

Melalui Goofbay, anda boleh menggunakan ‘eBay Seller History’ bagi mengkaji segala aktiviti jual beli dalam tempoh 90 hari ke atas seseorang penjual di Ebay. Melalui fungsi ‘eBay Most Popular’ pula, anda boleh mengetahui barang-barang popular di dalam sesuatu niche.

image

Panduan Goofbay eBay Most Popular

 

Panduan Goofbay eBay seller History

Mari kita lihat satu contoh. Di sini saya cuba mengkaji Peniaga-A untuk melihat sejauh mana kehebatannya di Ebay dalam tempoh 90 hari yang terkini. Daripada data yang diberikan Goofbay, saya mengetahui Peniaga-A telah pun berjaya membuat jualan sebanyak USD 1671.95 sepanjang tempoh tersebut.

image

Fuh, memang dasyat statistik jualan Peniaga-A. Tetapi itu keuntungan kasar, untuk mengetahui keuntungan bersih anda perlu tolak Total Value Shipping, Sold Item Fees, dan juga Unsold Item Fees. Berdasarkan harga akhir yang diperoleh, barulah kita tahu sama ada Peniaga-A benar-benar untung atau rugi.

Bagaimana pula dengan harga barangan yang tidak terjual? Bukan main melampau tingginya. Adakah ini bermakna penjual tadi menanggung kerugian yang melampau kerana produk tidak terjual? Tidak semestinya. Produk yang tidak terjual boleh dijual sekali lagi. Tiada apa yang rugi. Tambahan pula produk-produk permainan yang Peniaga-A jual tidak akan luput dan rosak. Boleh jadi Peniaga-A juga menggunakan teknik dropshipping. Jika benar begitu, maknanya Peniaga-A langsung tidak mengeluarkan sebarang kos untuk produk-produk yang dijual. Cuma mungkin terdapat sedikit kerugian di ‘Insertion Fee’ bagi setiap barang yang tidak terjual.

Sekiranya Peniaga-A meraih keuntungan yang tinggi, kita boleh kaji apakah barang Peniaga-A yang laku dan barang apa pula yang tidak laku. Disinilah kelebihan Goofbay berbanding Ebay Pulse. Setelah analisis menyeluruh dijalankan ke atas Peniaga-A, saya berjaya membongkar produk beliau yang terlaris iaitu produk-produk yang mempunyai berkaitan dengan Saint Seiya. Sekiranya anda mengetahui mana-mana distributor atau dropshipper yang boleh membekalkan produk Saint Seiya dengan harga yang kompetitif kepada anda, mungkin anda boleh kacau periuk nasi Penjual-A. Kalau tak dapat nasi, dapat kerak pun jadi lah. Mungkin ada yang menganggap perbuatan sebegini sebagai kejam, tapi bagi saya ia lebih kepada persaingan sihat.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Mulakan langkah pertama anda !

Saya rasa informasi yang telah dibekalkan sehingga muka surat ini sudah lebih daripada cukup untuk anda memulakan perniagaan dropshipping di Ebay. Jadikan pengetahuan yang telah anda dapat sebagai momentum untuk memulakan perniagaan di Ebay. Sekiranya anda masih ragu-ragu, peruntukkan RM 200 untuk dilesapkan. Anggap sahaja wang ini sebagai harga yang perlu anda bayar untuk mengenali Ebay dengan lebih dekat.

Sekiranya anda berjaya mendapat untung daripada modal RM 200 tersebut, tahniah saya ucapkan. Sekiranya tidak, saya yakin banyak yang boleh dipelajari daripadimagea pengalaman anda. Kemudian terpulanglah sama ada anda pilih untuk bangkit semula atau tinggalkan terus dunia Ebay.

Apa yang penting, anda perlu sanggup mengeluarkan RM 200 pertama sebagai bahan eksperimen. Pengorbanan RM 200 itu sememangnya tidak seberapa berbanding pengalaman dan untung yang mampu anda peroleh di kemudian hari.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan mereka yang telah berjaya, kesukaran di Ebay hanyalah untuk mendapatkan beberapa jualan pertama dan juga memahami fungsi-fungsi yang ada di Ebay. Setelah anda mula mendapat rentak dan momentum, segala-galanya tidak lagi sukar.

Setelah anda mula melibatkan diri sebagai usahawan Ebay, anda bolehlah ke forum-forum seperti Apskin.com dan WangCyber.com untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bertukar idea mengenai apa-apay yang berkaitan dengan Ebay.