- Cari gambar public domain / free wallpaper
- Guna tutplus belajar photoshop
Kenapa mousepad? Pertama, mousepad mempunyai permintaan tetap di Ebay. Mungkin anda tidak percaya tetapi ramai yang berjaya menjual mousepad di Ebay. Yang penting design mousepad anda perlu kreatif dan juga mempunyai permintaan.
Kedua, mousepad mempunyai harga kos yang rendah. Model perniagaan Ebay yang akan diterangkan kepada anda nanti adalah melalui bantuan dropshipper. Ini bermaksud anda hanya perlu membuat design mousepad, listkan di Ebay, terima tempahan, dan bayar kepada dropshipper. Kemudian mereka yang mencetak design anda ke atas mousepad, membungkus, dan menghantar ke pelanggan anda. Sebenarnya anda boleh menjual barangan sendiri, bungkus sendiri, dan hantar sendiri.
Tetapi untuk mendapatkan sesuatu barang dalam harga yang rendah, anda perlu memperuntukkan modal permulaan yang agak tinggi untuk membeli barang secara longgok. Saya yakin ramai yang ingin terlibat dalam bisnes Ebay untuk mencari duit tambahan bukan? Sekiranya anda terpaksa melakukan tugas-tugas mencari barang, membungkus, dan menghantar, saya risau anda tidak cukup masa untuk memberi perhatian kepada keluarga tercinta. Jadi kaedah dropship merupakan cara terbaik untuk menjana pendapatan melalui Ebay tanpa memerlukan kudrat dan masa yang banyak.
Oleh sebab barang tersebut tidak ada di tangan anda, ini bermakna anda tidak dapat mengawal urusan penghantaran. Ada kemungkinan barang yang dihantar oleh syarikat dropshipper tadi lambat sampai dan pelanggan akan meminta refund. Sekiranya boleh, cuba lengahkan mereka dengan ayat-ayat dan janji-janji manis. Sekiranya mereka berkeras, refund sahaja wang mereka asalkan mereka tidak meninggalkan feedback - ve terhadap anda. Untuk menjadi usahawan Ebay yang berjaya, reputasi amat penting. Reputasilah yang membezakan anda dan pesaing anda dan samaada anda boleh dipercayai atau tidak. Oleh sebab harga kos mousepad tidaklah semahal mana, kerugian anda dapat diminimakan. Setelah anda benar-benar masak dengan Ebay, barulah bergerak mencari niche-niche lain yang lebih panas dan mempunyai margin untung yang lebih besar.
Ketiga, mousepad memang sukar untuk rosak. Lagipun boleh ke mousepad rosak? Paling teruk pun design pada mousepad tersebut hanya pudar. Itupun setelah digunakan untuk jangka masa yang lama. Bayangkan lah kerugian yang terpaksa anda tanggung jika barang yang dihantar kepada pengguna rosak. Ingat, anda masih baru di Ebay. Tujuan utama anda sekarang ialah untuk menjual barang sebanyak mungkin dan membina reputasi dahulu. Sekiranya pelanggan anda berpuas hati dengan perkhidmatan anda, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan feedback +ve. Dan anda perlu ingat, pembeli juga tidak teragak-agak untuk meninggalkan feedback –ve jika tidak berpuas hati dengan barang atau perkhidmatan anda.
Sekiranya anda benar-benar tidak suka melakukan kerja-kerja design, anda boleh cuba untuk menjual barangan lain selain daripada mousepad. Tetapi pastikan anda mempunyai strategi anda sendiri atau pun anda akan mengalami kerugian di kemudian hari.
Mencari dropshipper yang sesuai
Okay, sekarang ni anda ingin menjual mousepad. Jadi di mana anda boleh mencari dropshipper yang sesuai? Di mana anda boleh mencari dropshipper yang dipercai? Soalan-soalan tersebut amat sukar dijawab kerana kebiasaannya memang sukar untuk penggiat Ebay mendedahkan lubuk emas mereka. Contoh dropshipper yang mempunyai menyediakan perkhidmatan print-on-demand mousepad ialah ArtsNow (AN), CafePress, dan juga Zazzle. Walaubagaimanapun ArtsNow yang kerap digunakan penggiat Ebay baru kerana ArtsNow (AN) sedia mencetak sebarang design tanpa mengira isu copyright. Memandangkan AN adalah sebuah syarikat dari Negara China, harga yang mereka tawarkan juga memang kompetitif dan berpatutan berbanding Cafepress atau Zazzle.
Berbeza dengan Zazzle dan CafePress, ArtsNow mengenakan bayaran bulanan bagi sesiapa yang ingin menjadikan mereka sebagai dropshipper. Untuk bulan pertama anda tidak perlu risau kerana keahlian percuma. Cuma bulan-bulan berikutnya anda perlu membayar USD 19 kepada ArtsNow. Sekiranya teknik-teknik anda betul, selepas sebulan ber Ebay sepatutnya anda sudah lebih daripada mampu untuk membayar yuran dropshipper tersebut.
Gambar: Yuran keahlian di laman dropshipper ArtsNow.com
Sungguhpun begitu perlu diingatkan bahawa ArtsNow tidak menyediakan tracking sistem. Memandangkan mereka syarikat di China, barang yang dihantar juga kadang kala lambat tiba dan boleh membuatkan pelanggan anda hilang sabar. Ini lah antara cabaran berniaga di Ebay menggunakan dropshipping.
Berkenaan cara menggunakan laman ArtsNow rasanya tidak perlu saya terangkan di sini kerana semuanya telah pun ada di dalam ebook Sifu Lan yang bertajuk Panduan dan Teknik Rahsia Ebay. Berdasarkan post-post di thread Diari Usahawan Ebay Berhingus, ebook ini adalah satu-satunya yang wajib dibaca oleh mereka yang ingin menjejak kaki ke dunia Ebay dan ingin mengetahui tentang dropshipping secara mendalam.
Jom design mousepad !
Alamak, saya tak tahu design lah. Macam mana nak jual di Ebay ni? Itu lah keluhan yang akan keluar bagi mereka yang kurang mahir dalam photoshop. Sebenarnya anda tidak perlu risau akan perkara ini kerana banyak sahaja design yang boleh anda guna di internet. Cari sahaja ‘free wallpaper’ atau pun ‘public domain image’. Design-design percuma tersebut boleh digunakan di mana-mana pun. Jadi tidak ada masalah untuk anda menggunakannya.
Berbekalkan tutorial-tutorial percuma di internet, saya yakin tidak begitu sukar untuk anda belajar sedikit sebanyak mengenai Adobe Photoshop kan. Di sini anda boleh touch-up design-design yang sedia ada supaya lebih menarik. Sekiranya anda mempunyai duit lebih, anda boleh juga membeli design-design yang cun melecun di Fotolia.com atau pun iStockPhoto.com untuk digunakan pada mousepad. Sekiranya anda mempunyai kawan yang pakar design, minta saja pertolongan mereka. Mungkin kawan anda hanya tahu design, dan anda pula hanya tahu teknik marketing di Ebay. Jadi tidak salah jika anda dan kawan anda saling bantu-membantu.
Selain menggunakan design-design legit, ada juga sesetengah penggiat Ebay yang menggunakan wallpaper copyright untuk mousepad mereka. Contohnya wallpaper yang mempunyai gambar Hello Kitty, Dragon Ball, ataupun Twilight. Tentang halal haram menggunakan hak copyright saya tidak mahu masuk campur. Itu pandai-pandai lah anda fikir sendiri.
Lihat screenshot di bawah, usahawan Ebay ini hanya mengambil screenshot di game Angry Bird dan kemudian menempekkannya ke atas mousepad. Semudah ABC bukan? Dengan usaha sebegitu pun mousepad ini berjaya menerima 7 bid. Dan kalau anda perasan, kualiti design tersebut seolah-olah tidak cukup sharp dan menarik. Tetapi masih ada yang berminat untuk beli. Jadi jangan tunggu sehingga ilmu designing anda betul-betul mantap baru hendak terjah Ebay. Sebaliknya gunakan dahulu segala apa yang anda ada dan gilap kemahiran anda sedikit demi sedikit sambil membuat duit.
Sekiranya anda juga berminat untuk mengambil jalan mudah dengan menjual design-design mousepad yang mempunyai copyright, pastikan anda tidak menggunakan design yang mempunyai copyright melampau seperti Mickey Mouse, Man United, dan Louis Vuitton. Sekiranya anda menyeneraikan produk-produk sebegini, sekejap sahaja listing anda akan diremove oleh Ebay.
Produk-produk yang mempunyai copyright ketat di Ebay turut dipanggil sebagai produk VERO (Verified Rights Owner). Mari kita lihat contoh mousepad VERO yang menggunakan design bag tangan Louis Vuitton.
Hek eleh Louis Vuitton ni, design macam serabai pun nak berkira kan? Corak batik kita jauh lagi lawa daripada corak Louis Vuitton. Tetapi itulah, manusia memang suka sesuatu yang unik dan kreatif. Begitu juga pengguna Ebay, mereka pun sukakan sesuatu yang unik seperti mousepad yang mempunyai design Louis Vuitton. Inilah sebabnya mousepad yang mempunyai harga kos yang rendah mampu dijual dengan harga berpuluh-puluh dollar di Ebay. Apa yang penting, design anda perlulah kena dengan kehendak dan minat pengguna. Untuk mengkaji produk-produk atau niche-niche yang mempunyai permintaan di Ebay, perkara ini akan diterangkan pada beberapa bab kemudian.