Sabtu, 18 Ogos 2012

Pemilihan produk atau niche yang sesuai

Di dalam bab sebelum ini, saya telah berjanji kepada anda untuk menunjukkan cara memilih produk-produk yang hangat dan mempunyai permintaan. Untuk melakukan kajian tersebut, anda boleh menggunakan dua cara iaitu secara manual atau pun menggunakan peralatan-peralatan tertentu. Apa perbezaan kedua-dua cara? Mari kita lihat.

clip_image002

Membuat kajian pasaran secara manual

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Ebay dan tidak mampu mengeluarkan wang bagi melanggan tool berbayar, melakukan kajian secara manual adalah jalan terbaik. Kaedah kajian pasaran secara manual sebenarnya tidaklah sesukar mana. Cuma ia memerlukan kemahiran membuat analisis dan deduksi.

Sebagai contoh, anda boleh mengetahui sama ada sesuatu barang itu mempunyai permintaan di Ebay atau pun tidak berdasarkan kepada hasil jualan usahawan Ebay yang lain. Sebagai contoh anda menjual mousepad yang mempunyai niche kartun. Anda boleh search di Ebay dan lihat listing yang tersenarai. Cuba kaji produk-produk usahawan Ebay yang ada. Lihat adakah produk mereka terjual atau tidak.

Analisa gambar di bawah. Di bahagian ‘other item info’, anda boleh lihat bahawa produk Hello Kitty ini telah terjual sebanyak 29 kali. Maknanya ada sesuatu pada mousepad Hello Kitty yang mampu menarik pembeli. Terpulang kepada anda untuk membuat analisis dan kemudian hasilkan sesuatu yang mempunyai konsep yang sama. Saya ulang, konsep yang sama, bukannya tiru seratus-peratus.

imageimage

Seterusnya, anda boleh juga menganalisa produk-produk yang menerima banyak bid di Ebay. Lihat apa yang ada pada produk itu. Apa kelainan produk itu dan cuba fikir mengapa ramai yang mahu memiliki produk tersebut. Buat deduksi anda sendiri dan keluarkan produk yang mampu menyaingi produk yang anda kaji tadi.

Sekiranya anda benar-benar di dalam kebuntuan dan tidak tahu produk apa untuk dijual. Anda boleh masukkan apa-apa saja keyword di enjin carian Ebay, dan tunggu senarai pilihan keluar. Sekiranya enjin carian tersebut menggunakan algoritma yang sama seperti enjin carian Google, maknanya senarai yang keluar adalah di antara keyword yang paling kerap di cari oleh pengguna Ebay. Kaji setiap keyword yang disenaraikan dan cari lubuk yang sesuai untuk anda terjah. Sama ada produk yang akan anda keluarkan laku atau tidak, kita berserah sahaja. Yang penting anda telah cuba yang terbaik.

image

Selain daripada menggunakan enjin carian Ebay untuk melakukan analisa, anda juga boleh cuba mempelabagaikan kajian dengan menggunakan tool-tool Google seperti Google Trends atau pun Google Insight. Melalui tool-tool ini, anda boleh tahu topik-topik yang sedang hangat dibincangkan dan banyak dicari di internet.

image

Membuat kajian pasaran menggunakan Terapeak

Walaupun kajian pasaran secara manual tidak memerlukan sebarang kos, tetapi analisa yang anda buat tidak semestinya tepat dan betul. Untuk memperoleh produk yang benar-benar mempunyai permintaan, penggunaan tool yang mampu beri anda yang tepat amatlah penting. Salah satu tool yang boleh anda guna ialah Ebay Pulse. Tool yang boleh di dapati di http://pulse.ebay.com ini boleh digunakan secara percuma.

imageclip_image014

Meskipun anda boleh mengetahui data-data seperti jumlah carian terbanyak, stor terbesar, dan juga item yang paling banyak dilihat, data-data yang diperoleh tidaklah sehebat data-data yang dibekalkan Terapeak.

Terapeak merupakan sesuatu kemestian. Terapaeak mempunyai harga bulanan yang agak mahal tetapi maklumat yang boleh anda peroleh daripada Terapeak memang tidak terhingga. Jika anda hanya mampu membuat ramalan dan andaian sendiri ketika menjalankan kajian secara manual, melalui Terapeak anda boleh mendapatkan data-data statistik yang tepat dan lengkap berkenaan sesuatu produk.

Menggunakan Terapeak, anda boleh mengetahui trend sesuatu produk, penjual-penjual ternama yang anda perlu bersaing, dan juga produk yang mempunyai permintaan tinggi. Bukan itu sahaja, Terapeak juga mampu menyediakan data-data lengkap berkenaan auction-auction yang telah tamat. Dengan ini anda boleh mengetahui sama ada sesuatu barang itu mempunyai pembeli atau tidak. Sekiranya anda berjaya mengesan produk-produk yang mempunyai permintaan, cuba kaji harga yang anda mampu dapat daripada dropshipper anda. Lihat sama ada anda mampu menyediakan produk yang sama dengan harga yang kompetitif dan lihat juga margin keuntungan yang mampu diperoleh. Sekiranya sesuai, jangan tunggu lama-lama untuk memulakan langkah kerana takut lebih ramai persaingan nanti.

Tanpa Terapeak, anda telah ketinggalan beberapa langkah di belakang penjual lain dan juga pesaing anda. Untuk mengkaji dan merebut peluang yang ada di Ebay, penggunaan Terapeak memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Anda akan mengambil masa yang lama untuk mencari produk yang sesuai sekiranya anda sekadar mencongak dan membuat ramalan sendiri. Mungkin anda mampu mencari niche-niche yang hangat di Ebay secara manual, tetapi untuk berjaya di Ebay dalam masa yang singkat, anda perlukan lebih daripada itu. Anda perlu ketahui keyword apa yang sesuai digunakan pada title listing, cara untuk meng ‘optimize’ kan surat jualan supaya listing anda akan mendapat tempat yang tinggi di enjin carian Ebay, dan juga cara mengetahui kelebihan pesaing anda dan cuba untuk mendahuluinya.

Membuat kajian pasaran menggunakan Goofbay

Data dan kemudahan yang disediakan Goofbay.com tidaklah selengkap Terapeak. Tetapi memandangkan kemudahan Goofbay boleh digunakan secara percuma, data yang anda dapat sudah lebih daripada berbaloi.

Melalui Goofbay, anda boleh menggunakan ‘eBay Seller History’ bagi mengkaji segala aktiviti jual beli dalam tempoh 90 hari ke atas seseorang penjual di Ebay. Melalui fungsi ‘eBay Most Popular’ pula, anda boleh mengetahui barang-barang popular di dalam sesuatu niche.

image

Panduan Goofbay eBay Most Popular

 

Panduan Goofbay eBay seller History

Mari kita lihat satu contoh. Di sini saya cuba mengkaji Peniaga-A untuk melihat sejauh mana kehebatannya di Ebay dalam tempoh 90 hari yang terkini. Daripada data yang diberikan Goofbay, saya mengetahui Peniaga-A telah pun berjaya membuat jualan sebanyak USD 1671.95 sepanjang tempoh tersebut.

image

Fuh, memang dasyat statistik jualan Peniaga-A. Tetapi itu keuntungan kasar, untuk mengetahui keuntungan bersih anda perlu tolak Total Value Shipping, Sold Item Fees, dan juga Unsold Item Fees. Berdasarkan harga akhir yang diperoleh, barulah kita tahu sama ada Peniaga-A benar-benar untung atau rugi.

Bagaimana pula dengan harga barangan yang tidak terjual? Bukan main melampau tingginya. Adakah ini bermakna penjual tadi menanggung kerugian yang melampau kerana produk tidak terjual? Tidak semestinya. Produk yang tidak terjual boleh dijual sekali lagi. Tiada apa yang rugi. Tambahan pula produk-produk permainan yang Peniaga-A jual tidak akan luput dan rosak. Boleh jadi Peniaga-A juga menggunakan teknik dropshipping. Jika benar begitu, maknanya Peniaga-A langsung tidak mengeluarkan sebarang kos untuk produk-produk yang dijual. Cuma mungkin terdapat sedikit kerugian di ‘Insertion Fee’ bagi setiap barang yang tidak terjual.

Sekiranya Peniaga-A meraih keuntungan yang tinggi, kita boleh kaji apakah barang Peniaga-A yang laku dan barang apa pula yang tidak laku. Disinilah kelebihan Goofbay berbanding Ebay Pulse. Setelah analisis menyeluruh dijalankan ke atas Peniaga-A, saya berjaya membongkar produk beliau yang terlaris iaitu produk-produk yang mempunyai berkaitan dengan Saint Seiya. Sekiranya anda mengetahui mana-mana distributor atau dropshipper yang boleh membekalkan produk Saint Seiya dengan harga yang kompetitif kepada anda, mungkin anda boleh kacau periuk nasi Penjual-A. Kalau tak dapat nasi, dapat kerak pun jadi lah. Mungkin ada yang menganggap perbuatan sebegini sebagai kejam, tapi bagi saya ia lebih kepada persaingan sihat.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Mulakan langkah pertama anda !

Saya rasa informasi yang telah dibekalkan sehingga muka surat ini sudah lebih daripada cukup untuk anda memulakan perniagaan dropshipping di Ebay. Jadikan pengetahuan yang telah anda dapat sebagai momentum untuk memulakan perniagaan di Ebay. Sekiranya anda masih ragu-ragu, peruntukkan RM 200 untuk dilesapkan. Anggap sahaja wang ini sebagai harga yang perlu anda bayar untuk mengenali Ebay dengan lebih dekat.

Sekiranya anda berjaya mendapat untung daripada modal RM 200 tersebut, tahniah saya ucapkan. Sekiranya tidak, saya yakin banyak yang boleh dipelajari daripadimagea pengalaman anda. Kemudian terpulanglah sama ada anda pilih untuk bangkit semula atau tinggalkan terus dunia Ebay.

Apa yang penting, anda perlu sanggup mengeluarkan RM 200 pertama sebagai bahan eksperimen. Pengorbanan RM 200 itu sememangnya tidak seberapa berbanding pengalaman dan untung yang mampu anda peroleh di kemudian hari.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan mereka yang telah berjaya, kesukaran di Ebay hanyalah untuk mendapatkan beberapa jualan pertama dan juga memahami fungsi-fungsi yang ada di Ebay. Setelah anda mula mendapat rentak dan momentum, segala-galanya tidak lagi sukar.

Setelah anda mula melibatkan diri sebagai usahawan Ebay, anda bolehlah ke forum-forum seperti Apskin.com dan WangCyber.com untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bertukar idea mengenai apa-apay yang berkaitan dengan Ebay.

Khamis, 16 Ogos 2012

Tips menjual barang di eBay

Sekiranya akaun Ebay anda masih baru, elakkan dahulu daripada menjual design yang mempunyai hak copyright. Kadang kala ada yang dengki melihat kehadiran saingan baru dan akan mengemukakan report kepada Ebay (tekan butang report je. Mudah).

Di awal perjalanan menyelami lautan Ebay, eloklah jika anda mulakan secara berhemah. Tambah dahulu reputasi anda sebelum menerjah untuk menjual produk-produk yang mempunyai unsur-unsur copyright.

Tips membina reputasi di Ebay

Salah satu cara yang paling mudah untuk menambahkan reputasi di Ebay adalah dengan membeli produk-produk murah di Ebay. Cari sebarang Ebook di Ebay dan anda mampu jumpa Ebook yang berharga di bawah satu dollar. Cukup murah saya katakan.

image

Ebook berkenaan tidak begitu penting sebenarnya, apa yang penting penjual ebook tadi member feedback +ve kepada anda. Anda boleh melakukan cara ini tetapi janganlah terlalu banyak transaksi murah yang dilakukan dalam satu hari. Ini penting bagi mengelakkan Ebay daripada mengesyaki feedback manipulation yang sedang anda buat.

Selain itu anda juga boleh mencari mana-mana rakan anda yang telah ada akaun Ebay dan melakukan urusniaga atas angin. Kedua-dua pihak akan mendapat faedah kerana masing-masing boleh bertukar feedback.

Sekiranya anda tidak pernah lagi membeli barang menggunakan Paypal di Ebay, di sini saya tunjukkan caranya. Mula-mula tekan ‘ Buy It Now ’, dan kemudian akan dibawa ke satu page yang membuat info seperti gambar di bawah. Teruskan pembayaran melalui Paypal dengan menekan butang ‘ Continue with Paypal ’.

image

Kemudian akan dibawa ke satu page supaya anda boleh memasukkan login info untuk akaun Paypal anda.

image

Akhir sekali sah kan pembayaran dengan menekang butang ‘ Confirm Payment ’. Kemudian tunggu sahaja emel maklum balas daripada penjual Ebook yang anda telah beli.

image

Untuk pengetahuan, semua ebook yang dijual di Ebay menyatakan ebook akan dihantar dalam bentuk CD atau DVD. Tak perlulah percaya sangat. Semua itu ditulis kerana Ebay sebenarnya tidak lagi membenarkan penjualan produk digital disebabkan terlampau banyak feedback manipulation (seperti yang saya sedang tunjukkan kepada anda). Kebiasaannya mereka hanya akan memberikan link download melalui emel ( seperti di bawah). Setelah mendapatkan produk yang dibeli, jangan lupa tinggalkan feedback kepada penjual tadi.

image

Kesesuaian masa untuk melakukan listing

Setelah anda mempunyai reputasi yang cukup, kini boleh lah anda senaraikan mousepad yang telah anda design. Salah satu rahsia bagaimana banyak rakyat Malaysia berjaya menjana pendapatan di Ebay walaupun hanya dengan menjual mousepad adalah kerana mereka menyasarkan produk mereka kepada Negara-negara luar seperti United State dan Australia.

Bagi pengguna internet di sana, pembelian melalui internet adalah sesuatu yang normal. Tambahan pula barang dapat dicari dan dibayar dengan mudah tanpa perlu berjalan-jalan ke gedung membeli belah yang sebenar.

Memandangkan sasaran pembeli anda adalah dari US, pastikan anda tahu sedikit sebanyak tentang mereka. Salah satunya, terdapat perbezaan 12 jam di antara kita dan mereka. Jika Malaysia 9 malam, mereka pula 9 pagi. Kebiasaanya sekitar pukul 9 hingga 10 malam lah masa yang paling sesuai bagi menyenaraikan listing. Ini kerana pada waktu itu, penduduk di US dalam keadaan mood melayari internet dan membeli belah. Itu secara general sahaja dan hanya mengikut deduksi dan tanpa bukti yang cukup. Niche yang berbeza mungkin mempunyai waktu-waktu berbeza untuk memperoleh manfaat sepenuhnya daripada listing. Apa yang penting anda perlulah rajin untuk melakukan ‘try and error’ dan melihat kesannya.

Kesesuaian tempoh masa bagi sesuatu auction

Bagi mendapatkan jumlah bid yang banyak untuk sesuatu auction, seelok-eloknya jangka masa auction dipilih supaya tidak terlalu panjang. Ini kerana kebanyakan bidder di Ebay suka melakukan bid di akhir minit. Sesetengah pengguna Ebay suka menyenaraikan carian mereka mengikut susunan Time: Ending Soonest. Menggunakan filter tersebut, barang-barang yang hampir tamat masa auction akan berada di senarai teratas. Pada waktu inilah sebenarnya aktiviti membida paling banyak berlaku. Semuanya berebut-rebut untuk menjadi pemenang.

image

Jadi lebih elok sekiranya anda senaraikan produk-produk anda untuk jangka masa yang singkat sahaja. Walaubagaimanapun perkara ini mungkin berlainan sekiranya anda ingin menjual barang-barang yang mahal kerana harga bid mungkin tidak sempat sampai di tahap yang anda sasarkan kerana jumlah masa yang terlalu singkat. Tetapi anda boleh atasi masalah ini dengan meningkatkan range harga untuk setiap bidding.

Second chance offer

Setelah auction anda tamat dan mempunyai pemenang, anda masih boleh mengaut keuntungan dengan menggunakan fungsi ‘Second Chance Offer’. Melalui fungsi ini, anda boleh memberi peluang kedua kepada mereka yang kalah di dalam auction tadi untuk memiliki barang yang sama dengan harga yang anda tetapkan. Anda boleh memuaskan hati mereka yang kalah dan pada yang sama anda juga dapat mengaut keuntungan lebih.

Rabu, 15 Ogos 2012

Menjual mousepad menggunakan kaedah dropship

  • Cari gambar public domain / free wallpaper
  • Guna tutplus belajar photoshop

Kenapa mousepad? Pertama, mousepad mempunyai permintaan tetap di Ebay. Mungkin anda tidak percaya tetapi ramai yang berjaya menjual mousepad di Ebay. Yang penting design mousepad anda perlu kreatif dan juga mempunyai permintaan.

Kedua, mousepad mempunyai harga kos yang rendah. Model perniagaan Ebay yang akan diterangkan kepada anda nanti adalah melalui bantuan dropshipper. Ini bermaksud anda hanya perlu membuat design mousepad, listkan di Ebay, terima tempahan, dan bayar kepada dropshipper. Kemudian mereka yang mencetak design anda ke atas mousepad, membungkus, dan menghantar ke pelanggan anda. Sebenarnya anda boleh menjual barangan sendiri, bungkus sendiri, dan hantar sendiri.

Tetapi untuk mendapatkan sesuatu barang dalam harga yang rendah, anda perlu memperuntukkan modal permulaan yang agak tinggi untuk membeli barang secara longgok. Saya yakin ramai yang ingin terlibat dalam bisnes Ebay untuk mencari duit tambahan bukan? Sekiranya anda terpaksa melakukan tugas-tugas mencari barang, membungkus, dan menghantar, saya risau anda tidak cukup masa untuk memberi perhatian kepada keluarga tercinta. Jadi kaedah dropship merupakan cara terbaik untuk menjana pendapatan melalui Ebay tanpa memerlukan kudrat dan masa yang banyak.

Oleh sebab barang tersebut tidak ada di tangan anda, ini bermakna anda tidak dapat mengawal urusan penghantaran. Ada kemungkinan barang yang dihantar oleh syarikat dropshipper tadi lambat sampai dan pelanggan akan meminta refund. Sekiranya boleh, cuba lengahkan mereka dengan ayat-ayat dan janji-janji manis. Sekiranya mereka berkeras, refund sahaja wang mereka asalkan mereka tidak meninggalkan feedback - ve terhadap anda. Untuk menjadi usahawan Ebay yang berjaya, reputasi amat penting. Reputasilah yang membezakan anda dan pesaing anda dan samaada anda boleh dipercayai atau tidak. Oleh sebab harga kos mousepad tidaklah semahal mana, kerugian anda dapat diminimakan. Setelah anda benar-benar masak dengan Ebay, barulah bergerak mencari niche-niche lain yang lebih panas dan mempunyai margin untung yang lebih besar.

Ketiga, mousepad memang sukar untuk rosak. Lagipun boleh ke mousepad rosak? Paling teruk pun design pada mousepad tersebut hanya pudar. Itupun setelah digunakan untuk jangka masa yang lama. Bayangkan lah kerugian yang terpaksa anda tanggung jika barang yang dihantar kepada pengguna rosak. Ingat, anda masih baru di Ebay. Tujuan utama anda sekarang ialah untuk menjual barang sebanyak mungkin dan membina reputasi dahulu. Sekiranya pelanggan anda berpuas hati dengan perkhidmatan anda, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan feedback +ve. Dan anda perlu ingat, pembeli juga tidak teragak-agak untuk meninggalkan feedback –ve jika tidak berpuas hati dengan barang atau perkhidmatan anda.

Sekiranya anda benar-benar tidak suka melakukan kerja-kerja design, anda boleh cuba untuk menjual barangan lain selain daripada mousepad. Tetapi pastikan anda mempunyai strategi anda sendiri atau pun anda akan mengalami kerugian di kemudian hari.

Mencari dropshipper yang sesuai

Okay, sekarang ni anda ingin menjual mousepad. Jadi di mana anda boleh mencari dropshipper yang sesuai? Di mana anda boleh mencari dropshipper yang dipercai? Soalan-soalan tersebut amat sukar dijawab kerana kebiasaannya memang sukar untuk penggiat Ebay mendedahkan lubuk emas mereka. Contoh dropshipper yang mempunyai menyediakan perkhidmatan print-on-demand mousepad ialah ArtsNow (AN), CafePress, dan juga Zazzle. Walaubagaimanapun ArtsNow yang kerap digunakan penggiat Ebay baru kerana ArtsNow (AN) sedia mencetak sebarang design tanpa mengira isu copyright. Memandangkan AN adalah sebuah syarikat dari Negara China, harga yang mereka tawarkan juga memang kompetitif dan berpatutan berbanding Cafepress atau Zazzle.

Berbeza dengan Zazzle dan CafePress, ArtsNow mengenakan bayaran bulanan bagi sesiapa yang ingin menjadikan mereka sebagai dropshipper. Untuk bulan pertama anda tidak perlu risau kerana keahlian percuma. Cuma bulan-bulan berikutnya anda perlu membayar USD 19 kepada ArtsNow. Sekiranya teknik-teknik anda betul, selepas sebulan ber Ebay sepatutnya anda sudah lebih daripada mampu untuk membayar yuran dropshipper tersebut.

image

Gambar: Yuran keahlian di laman dropshipper ArtsNow.com

Sungguhpun begitu perlu diingatkan bahawa ArtsNow tidak menyediakan tracking sistem. Memandangkan mereka syarikat di China, barang yang dihantar juga kadang kala lambat tiba dan boleh membuatkan pelanggan anda hilang sabar. Ini lah antara cabaran berniaga di Ebay menggunakan dropshipping.

Berkenaan cara menggunakan laman ArtsNow rasanya tidak perlu saya terangkan di sini kerana semuanya telah pun ada di dalam ebook Sifu Lan yang bertajuk Panduan dan Teknik Rahsia Ebay. Berdasarkan post-post di thread Diari Usahawan Ebay Berhingus, ebook ini adalah satu-satunya yang wajib dibaca oleh mereka yang ingin menjejak kaki ke dunia Ebay dan ingin mengetahui tentang dropshipping secara mendalam.

Jom design mousepad !

Alamak, saya tak tahu design lah. Macam mana nak jual di Ebay ni? Itu lah keluhan yang akan keluar bagi mereka yang kurang mahir dalam photoshop. Sebenarnya anda tidak perlu risau akan perkara ini kerana banyak sahaja design yang boleh anda guna di internet. Cari sahaja ‘free wallpaper’ atau pun ‘public domain image’. Design-design percuma tersebut boleh digunakan di mana-mana pun. Jadi tidak ada masalah untuk anda menggunakannya.

image

Berbekalkan tutorial-tutorial percuma di internet, saya yakin tidak begitu sukar untuk anda belajar sedikit sebanyak mengenai Adobe Photoshop kan. Di sini anda boleh touch-up design-design yang sedia ada supaya lebih menarik. Sekiranya anda mempunyai duit lebih, anda boleh juga membeli design-design yang cun melecun di Fotolia.com atau pun iStockPhoto.com untuk digunakan pada mousepad. Sekiranya anda mempunyai kawan yang pakar design, minta saja pertolongan mereka. Mungkin kawan anda hanya tahu design, dan anda pula hanya tahu teknik marketing di Ebay. Jadi tidak salah jika anda dan kawan anda saling bantu-membantu.

Selain menggunakan design-design legit, ada juga sesetengah penggiat Ebay yang menggunakan wallpaper copyright untuk mousepad mereka. Contohnya wallpaper yang mempunyai gambar Hello Kitty, Dragon Ball, ataupun Twilight. Tentang halal haram menggunakan hak copyright saya tidak mahu masuk campur. Itu pandai-pandai lah anda fikir sendiri.

Lihat screenshot di bawah, usahawan Ebay ini hanya mengambil screenshot di game Angry Bird dan kemudian menempekkannya ke atas mousepad. Semudah ABC bukan? Dengan usaha sebegitu pun mousepad ini berjaya menerima 7 bid. Dan kalau anda perasan, kualiti design tersebut seolah-olah tidak cukup sharp dan menarik. Tetapi masih ada yang berminat untuk beli. Jadi jangan tunggu sehingga ilmu designing anda betul-betul mantap baru hendak terjah Ebay. Sebaliknya gunakan dahulu segala apa yang anda ada dan gilap kemahiran anda sedikit demi sedikit sambil membuat duit.image

Sekiranya anda juga berminat untuk mengambil jalan mudah dengan menjual design-design mousepad yang mempunyai copyright, pastikan anda tidak menggunakan design yang mempunyai copyright melampau seperti Mickey Mouse, Man United, dan Louis Vuitton. Sekiranya anda menyeneraikan produk-produk sebegini, sekejap sahaja listing anda akan diremove oleh Ebay.

Produk-produk yang mempunyai copyright ketat di Ebay turut dipanggil sebagai produk VERO (Verified Rights Owner). Mari kita lihat contoh mousepad VERO yang menggunakan design bag tangan Louis Vuitton.

clip_image006 clip_image008

Hek eleh Louis Vuitton ni, design macam serabai pun nak berkira kan? Corak batik kita jauh lagi lawa daripada corak Louis Vuitton. Tetapi itulah, manusia memang suka sesuatu yang unik dan kreatif. Begitu juga pengguna Ebay, mereka pun sukakan sesuatu yang unik seperti mousepad yang mempunyai design Louis Vuitton. Inilah sebabnya mousepad yang mempunyai harga kos yang rendah mampu dijual dengan harga berpuluh-puluh dollar di Ebay. Apa yang penting, design anda perlulah kena dengan kehendak dan minat pengguna. Untuk mengkaji produk-produk atau niche-niche yang mempunyai permintaan di Ebay, perkara ini akan diterangkan pada beberapa bab kemudian.

Caj: Store eBay, Listing dan Final Value Fee

Untuk pengetahuan anda, Ebay mempunyai sistem Store yang boleh dilanggan. Di Store tersebut anda boleh menyenaraikan produk-produk anda. Walaubagaimana pun anda perlu membayar harga bulanan tertentu untuk mempunyai sebuah Store Ebay.
Di bawah adalah salah satu contoh store di Ebay yang menjual produk-produk berkaitan dengan anime dan kartun. image
Melalui store, anda dapat menyenaraikan pelbagai produk-produk anda. Anda juga dapat menarik traffik dari enjin carian ebay ke store anda. Caranya anda hanya perlu list atau re-list produk anda yang hot atau masih fresh di Ebay. Kemudian pastikan anda memasukkan link ke store di dalam description produk-produk anda. Tanpa store, anda mungkin terpaksa membayar
Sekiranya anda masih baru dalam Ebay, seeloknya anda cuba dahulu berniaga tanpa menggunakan Store supaya kos permulaan anda dapat diminimumkan. Guna sahaja listing biasa dan cuba tengok hasilnya. Setelah untung anda cukup dan produk anda telah banyak, baru lah terjah untuk menggunakan Store. Berdasarkan buku Rahsia Jutawan Diam hasil tulisan Chef Li, perkembangan perniagaan haruslah selari dengan keuntungan. Islam sendiripun tidak pernah mengajar umatnya untuk boros ataupun melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kerugian melampau. Jadi kayuh pelan-pelan dan panjat gunung Ebay setapak demi setapak. Selain itu anda juga perlukan Reputation +10 sebelum boleh membuka Store. Jadi hendak tak hendak anda perlu bermula tanpa Store juga.
Store Malaysia atau US
Setelah keuntungan anda cukup dan produk telah pun banyak, tibalah masanya untuk memiliki gedung Ebay anda sendiri, kini anda perlu membuat pilihan untuk menggunakan gedung Malaysia atau pun gedung US. Berdasarkan post-post di Diari Usahawan Ebay Berhingus, tiada masalah untuk anda langgan mana-mana gedung pun kerana pengguna Ebay di luar Negara masih boleh membeli dan membayar melalui Paypal di gedung anda selagi anda listkan barang untuk di jual di US, bukannya Malaysia. Kelebihan membeli gedung di Ebay Malaysia adalah kerana harganya jauh lebih murah berbanding di US. Bayangkanlah, anda hanya perlu RM 12 sebulan untuk Store Basic di Malaysia tetapi USD 15 sekira di US. Tukar kepada duit Malaysia sudah mencecah RM 45.

Ebay premium store vs basic store vs anchor store

Dalam melanggan gedung, anda mempunyai dua pilihan samada untuk menggunakan gedung Anchor, Premium, atau Basic.
  • The Basic Store is $15.95 per month and is the best deal for Ebayers listing for up to 232 fixed price items at $0.20 each.
  • The Premium Store is $49.95 per month and is the best deal for Ebayers listing between 233 to 12,498 fixed price items at $0.05 each.
  • The Anchor Store is $299.95 per month and is the best deal for Ebayers listing 12,499 or more fixed price items at $0.03 each.
Berdasarkan harga-harga di atas, tidak salah jika saya katakana harga Achor Store memang cukup ‘angker’ bagi newbie. Bagi yang masih belum cukup untung di Ebay, jauh-jauhkan dahulu daripada Store yang menyeramkan ini.
Basic Store mempunyai harga bulanan yang lebih murah tetapi ‘insertion fee’ yang agak mahal. Premium Store pula mempunyai harga bulanan yang mahal tetapi ‘insertion fee’ yang jauh lebih murah. Sekiranya produk masih sikit, memadailah Basic Store kerana bayaran bulanannya murah.

Ebay listing fee & final value fee

Sebelum bergelumang dengan Ebay, elok sekiranya anda tahu ‘hidden fee’ bagi berniaga di Ebay.
Yang pertama ialah listing fee yang perlu dibayar untuk menyenaraikan produk anda di enjin carian Ebay. Berdasarkan gambar di bawah, anda boleh tahu bahawa harga insertion fee bergantung kepada harga produk anda. Sebagai contoh, sekiranya produk berharga lebih daripada USD 1, listing fee sebanyak USD 0.35 dikenakan untuk produk biasa dan USD0.25 untuk produk berbentuk media. Contoh produk berbentuk media ialah produk yang termasuk dalam kategori Books, Music, Video Games, DVDs & Movies.image
Gambar: Insertion fee mengikut harga dan jenis barang
Sekiranya anda menggunakan sistem pembidaan (auction), Final Value Fee (FVF) akan dikenakan bagi setiap barang yang menang. Sebagai contoh sekiranya anda berjaya membida mousepad dengan harga akhir USD 20, maka anda perlu membayar 8.75 % daripada harga bid yang menang. Anda boleh rujuk jadual di bawah bagi melihat harga-harga menang yang lain.
image
Gambar: Final Value Fees mengikut harga winning bid










Selasa, 14 Ogos 2012

Cara verify akaun eBay dan Paypal

Rasanya tidak perlu lagi saya ulas apa itu Ebay kan? Sekiranya anda tahu Lelong.com.my, sudah tentu anda tahu Ebay. Bezanya pasaran Ebay lebih meluas dan boleh menjalan perniagaan di peringkat antarabangsa. Walaupun pasaran Ebay luas, anda tidak perlu takut untuk memasuki dunia Ebay sekiranya anda pandai mencari lubuk-lubuk dan tahu teknik-teknik tertentu.
Sebelum saya terangkan tentang kajian niche dan teknik-teknik, elok sekiranya saya beritahu secara ringkas bagaimana mengaktifkan akaun Ebay dan akaun Paypal anda. Untuk pengetahuan anda, anda perlu mempunyai Paypal bagi tujuan membayar fee tertentu untuk berniaga di Ebay.
imageimage

1. Cara verify account Ebay dan Paypal

Rasanya tidak perlu saya beri penerangan bergambar mengenai cara untuk daftar akaun Ebay dan Paypal sebab caranya sama sahaja seperti anda mendaftar akaun Facebook.
Terdapat pelbagai jenis Ebay mengikut negara. Jadi yang mana satu anda perlu daftar, Ebay.com atau Ebay.com.my?
Jawapannya tiada masalah kerana setelah anda daftar salah satu laman Ebay, anda boleh mengakses mana-mana laman web Ebay pun.

Pengesahan akaun menggunakan kad kredit dan kad debit

Bahagian yang sukar adalah bagi mengesahkan kedua-dua akaun tersebut kerana anda memerlukan kad kredit yang saya pasti bukan semua orang ada. Sekiranya tiada, anda boleh menggunakan kad debit yang mempunyai Visa untuk mengesahkan akaun-akaun anda.
Sekiranya anda bercadang menggunakan kad debit, saya sarankan kad debit Maybank kerana annual fee nya serendah RM 8. Jika saya tidak salah, kad debit oleh bank-bank lain mengenakan annual and withdrawal fee yang lebih mahal berbanding Maybank Debit Visa Electron.
image
Sekiranya kad Maybank anda adalah kad baru, kemungkinan besar kad yang sedang anda guna ialah kad debit Visa Electron. Sekiranya bukan, anda boleh ke cawangan Maybank yang terdekat untuk membuat pertukaran kad dari kad lama ke kad debit Visa Electron. RM 12 dikenakan ke atas pertukaran kad dan kad lama anda akan dipotong.
Setelah pulang ke rumah, mandi-mandi dulu dan kemudian buka laman bangking Maybank2u. Pilih ‘Maybank Secure Online Shopping Registration’ yang berada di bahagian ‘Utilities’.
clip_image001
Kemudian masukkan data-data yang berkaitan seperti MSOS Password dan Personal Assurance Message. Personal Assurance Message ini akan ditanya oleh Paypal apabila anda ingin menjalankan transaksi kelak. Jadi pastikan anda pilih tagline yang anda senang ingat. Expiration Date dan CVV pula boleh diperoleh daripada kad debit Visa Electron anda.
clip_image002
Kemudian pergi pula ke akaun Paypal anda dan pergi ke Profile dan pilih Add/Edit Credit Card. Kemudian isi maklumat yang diminta. Jenis kad pilih Visa dan no 16 digit kad boleh didapati di atas kad debit anda. No 16 digit kad dan no akaun bank tidak sama ya. Jangan tersilap. Expiration date and CVV Number juga tertera di atas kad debit.
image

Pengesahan akaun menggunakan Virtual Credit Card ( VCC )

Sekiranya anda tidak suka perkara-perkara leceh seperti memohon debit kad dan menunggu dua tiga minggu sebelum kad debit anda siap, anda boleh menggunakan VCC (Virtual Credit Card) untuk mengesahkan akaun Ebay dan Paypal anda. Cuba Tanya di forum-forum tempatan berkenaan seller VCC kerana biasanya agak banyak yang menjual VCC.
Melalui VCC, anda boleh mengesahkan akaun Ebay dan Paypal dengan lebih pantas. Pastikan anda tahu bahawa VCC mempunyai dua jenis. VCC yang boleh digunakan untuk mengesahkan sejenis perkhidmatan (Ebay atau Paypal) dan juga VCC yang boleh digunakan untuk mengesahkan kedua-duanya sekali. Untuk memudahkan kerja, pastikan anda membeli VCC yang membolehkan anda mengesahkan kedua-dua akaun sekaligus.
Rujukan lanjut :
Setelah kedua-dua akaun tersebut telah disahkan, anda boleh link kan kedua-duanya. Caranya pergi ke: My Ebay >> Summary >> My Account >> Paypal Account.
Kemudian baca apa yang diterangkan dan ikut langkah-langkah yang diberikan.

2. Cara withdrawal fund dari Paypal image

Setelah menjadi penjual di Ebay, tidak mustahil anda akan melakukan transaksi yang banyak. Setelah kepulan wang anda di Paypal setelah mencapai tahap yang memuaskan hati, anda boleh lah melakukan withdrawal. Duit banyak-banyak simpan lama-lama dalam Paypal bahaya juga sebenarnya. Risau-risau kalau akaun dibekukan atas sebab-sebab tertentu.
Bagi mengeluarkan fund dari Paypal, terdapat dua kaedah yang boleh anda guna. Kaedah pertama adalah dengan melakukan withdrawal ke akaun bank, dan yang kedua adalah dengan melakukan withdrawal ke kad debit.
Withdrawal dari Paypal ke akaun bank tempatan:
  • Bank tempatan yang boleh digunakan untuk tujuan ini cukup banyak. Contohnya Maybank, Bank Islam, CIMB, dan juga BSN.
  • Masukkan maklumat bank account di Paypal.
  • Rate yang dikenakan ialah rate tetap iaitu RM 3.30 untuk setiap dollar.
  • Fee: Percuma sekiranya lebih RM 400 ( RM 3 dikenakan sekiranya di bawah RM 400).
  • Tempoh pemindahan fund memakan masa 3 hingga 5 hari.
Withdrawal dari Paypal ke debit kad:
  • Kaedah ini hanya boleh dipakai bagi mereka yang mengesahkan akaun Paypal menggunakan debit kad.
  • Rate yang dikenakan bergantung kepada rate semasa.
  • Fee: USD 5 bagi setiap transaksi.
  • Tempoh pemindahan lebih singkat berbanding pemindahan ke akaun bank.
Kedua-dua kaedah tersebut ada kekurangan dan kelebihannya. Sekiranya anda ingin mengeluarkan jumlah fund yang kecil, eloklah keluarkan ke akaun bank kerana fee nya hanya RM 3. Tetapi sekiranya anda ingin mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar, tengok dahulu rate semasa dan cuba guna kalkulator untuk kira wang akhir yang akan diterima bagi kedua-dua kaedah.